Persoalkanlah
Dilayarkan satu emel minggu ini kepada rakan seangkatan di jabatan, bertanya pendapat mereka tentang penggunaan Wikipedia dalam kerja akademik. Kerap dijumpai dalam esei pelajar, rujukan untuk definisi atau kupasan isu yang diletakkan di dalam bibliografi, Wikipedia sebagai sumber rujukan. Secara sebulat suara rakan sejabatan berpendapat bahawa laman web seperti Wikipedia bukanlah sumber akademik yang autoritatif; malah bukan suatu sumber akademik pun.

Namun begitu, kata salah seorang dari mereka, tidak bermakna Wikipedia tidak boleh digunakan dalam penyelidikan. Contohnya jika ingin mengambil gambaran asas atau kasar tentang sesuatu topik, Wikipedia menyediakan rumusan yang mudah difahami dan cepat dicapai. Tetapi yang menjadikan Wikipedia tidak sesuai digunakan sebagai rujukan akademik adalah kerana ianya boleh diubah oleh sesiapa sahaja, dan dalam dunia akademik kesahihan sumber yang digunakan begitu dititikberatkan. Kiasannya, sesiapa sahaja boleh berbual tentang hal kesihatan, tetapi pendapat yang lebih dipercayai dan dipautkan tentulah pendapat seorang doktor; dan di kalangan doktor, pastilah seorang konsultan atau pakar lebih dirujuki berbanding seorang doktor pelatih.

Tetapi satu komen yang agak menarik yang diutarakan ialah, “Kenapa para pelajar ini tidak mempersoalkan kesahihan definisi atau rumusan Wikipedia?” Jawapan paling mudah, pelajar itu malas. Dia tidak mahu berusaha mencerna jawapan yang bernas dengan membuat analisa dari pendapat berbagai sumber; sebaliknya mahukan sesuatu yang berbentuk gratifikasi segera. Tetapi juga ada segolongan pelajar, terutama dari sebuah negara yang tidak mahu saya sebutkan di sini, yang jelas rajin dan berusaha tetapi begitu  asing dengan kaedah menganalisa, mempersoalkan pendapat dan mengetengahkan ujuran idea masing-masing. Bagi mereka, jawapan yang sahih itu ada satu, dan jika mereka sudah jumpa jawapannya, tiada lagi persoalan kesahihan yang perlu dibuat.

Kenapakah ini terjadi? Sudah pasti, jawapan yang pertama, soal budaya. Keduanya, soal sistem pendidikan. Sedikit terganggu juga, bila memikirkan sistem pendidikan negara yang masih terlalu bersifat latih tubi. Walaupun pada dasarnya, latih tubi itu sebenarnya bukan masalahnya, tetapi lebih berbentuk simtom. Masalah terletak kepada sistem ganjaran, tetapi ini topik yang layak dikupas secara berasingan.

Satu sindrom yang sering diperhatikan ialah sindrom reaksi terhadap emel yang dimajukan kehadapan. Jarang sekali amaran, berita atau ‘fakta’ yang dibawa di dalam emel-emel ini sahih. Namun begitu, sangat pantas ianya terbang dari satu kotak emel ke kotak emel lain, melangkaui batasan lautan dan gunung. Contohnya, emel yang mengkhabarkan bahawa seorang wanita yang luka lidahnya ketika menjilat sampul surat mendapati telur lipas yang terletak di sampul surat tersebut menetas di dalam mulut beliau. Untuk menambahkan kesahihan ‘berita’ ini, diselitkan juga di dalam emel tersebut yang berita ini telah muncul di CNN. Tidak pula disebutkan tarikh, tahun dan sebagainya supaya boleh dilakukan rujukan silang dengan CNN untuk memastikan berita itu sahih. Tetapi tanpa kesahihan itu sekalipun, begitu pantas kita bertindak secara panik dan menghantar emel tersebut kepada semua rakan dalam buku alamat siber.

Kenapa tidak diteliti? Kenapa tidak dikaji sebelum dimajukan? Jawapan yang sering diterima ialah, “Tak ada masa lah nak siasat”. Lantas soalan balas, “Tetapi kalau tidak tahu kesahihannya kenapa tetap majukan juga?” Jawapan: “Mana tahu kalau betul. Untung-untung dapat tolong orang.” Terdetik juga ingin menjawab, itu kalau untung-untungnya. Kalau rugi-ruginya, dapat tumpang sebar maklumat salah atau lebih berat lagi, fitnah.

Dunia siber sebenarnya membuka peluang untuk kita mengkaji dengan lebih mendalam lagi. Kalau dahulu kita perlu pergi ke perpustakaan dan sebagainya untuk mendapat bahan rujukan, kini semuanya dapat dicapai melalui papan kekunci. Sangat mudah dan cepat, tanpa perlu berebut naskhah ensaiklopedia tunggal perpustakaan. Namun begitu ianya juga membawa cabaran kepada kita. Sesiapa sahaja mampu menulis apa sahaja di internet. Dakyah dan fitnah tinggal seiring dengan kebenaran yang sahih. Semangat ingin tahu bukan lagi sesuatu yang hanya perlu ada bagi mereka yang berminat dengan penyelidikan; dalam dunia alaf ini ianya suatu kemahiran asas dalam usaha menapis maklumat yang terapung di awangan dan menerjah kita sama ada dalam keadaan sedar atau tidak.

Dan diakhiri catatan minggu ini dengan sedikit komen tentang pilihanraya yang bakal berlangsung di tanahair tidak lama lagi. Jangan terlalu cepat percaya ‘dakyah’ atau janji – sama ada dari kerajaan atau pembangkang. Kaji, lihat, fikir. Ada akal, guna. Ada kertas undi, pangkah. Hajat aku kali ini, ingin menyaksikan yang terbaik untuk negara dipilih, tanpa prejudis, paksaan atau ketakutan.

Tampuk Kuasa Alaf Baru
Kertas kerja pertama yang saya bentangkan di sebuah konferens di Kuala Lumpur berkisar tentang peranan media dalam skandal kewangan Enron. Dalam kertas kerja itu saya mengupas bagaimana keghairahan media yang begitu bingkas memuji Enron berjaya membantu harga saham Enron naik dengan mendadak; tetapi apabila mulai jelas bahawa Enron sebenarnya menjana keuntungan melalui penipuan, berbagai pihak termasuk firma juruodit ternama Arthur Andersen dibicarakan, tetapi peranan media dalam skandal tersebut tidak luas dibincangkan. (Malangnya kertas kerja tersebut hingga kini tinggal sebagai kertas kerja; InsyaAllah mungkin saya boleh perbaharui dan terbitkan dalam masa terdekat ini).

Pokok argumen saya ialah, media sebenarnya suatu kuasa yang begitu licik dan mampu menentukan nada dan reaksi masyarakat bila berdepan dengan sesuatu isu. Malahan, media, sebagai wadah komunikasi, mampu digunakan sebagai alat yang sangat berkesan dalam penyebaran propaganda, idea, sentimen dan meletakkan garispanduan untuk berfikir secara tersirat. Lihat sahaja bagaimana dunia kewangan bernafas melalui maklumat yang disebarkan melalui media massa. Naik turun harga saham sesebuah syarikat mampu ditentukan hanya dengan bisikan halus khabar angin sahaja.

Beberapa minggu lepas dunia dikejutkan dengan ruduman bursa saham di seluruh dunia secara tiba-tiba. Beberapa hari selepas bursa saham dari Tokyo ke New York ke London ke Hong Kong baru mulai pulih, barulah jelas bahawa kejatuhan tersebut, antara lain, diasaskan oleh khabar angin bahawa sebuah bank di Perancis mengalami kerugian berbilion Euro akibat spekulasi matawang. Hanya dengan khabar angin, berjaya menundukkan bursa saham terhebat. Begitulah kemampuan media massa.

Ketika peperangan di Iraq giat berlangsung, wujud beberapa analisa tentang perbezaan rangkaian televisyen di Amerika Syarikat mengolah berita yang disampaikan tentang pertempuran di sekitar Baghdad, Mosul dan Basra. Untuk menaikkan moral rakyat dan meyakinkan mereka bahawa tindakan pemimpin mereka, George W Bush, itu adalah betul, diberitakan kejayaan askar Amerika Syarikat walaupun mereka hebat dikekang pejuang di Iraq. Malah, lihat sahaja bagaimana saya mengolah ayat tadi: pihak Amerika saya gambarkan sebagai ‘askar’, pihak Iraq sebagai ‘pejuang’.

Jadi premis saya di sini ialah, untuk menguasai pentas dunia, kita perlu menguasai media massa. Namun saya tidak nampak pelaburan intensif terutama dari segi pendidikan dalam usaha menguasai media massa. Seperti yang seringkali saya bangkitkan, kita lebih ghairah menghantar orang ke bulan – satu perlumbaan yang disertai negara-negara maju lebih kurang empat-puluh tahun dahulu. Mereka sudah tidak berapa gemar ke bulan sekarang; mereka lebih gemar berpijak di bumi nyata dan mengubah persepsi anda melalui pendapat mereka yang digambarkan secara terangan melalui berita atau secara tersirat melalui cereka di televisyen atau di panggung wayang.

Seorang rakan, baru baru ini, membuat kesimpulan bahawa di Amerika Syarikat, apa jua filem yang menggambarkan kerajaan mereka sebagai penjahat atau tidak bermoral pasti mendapat tohmahan media. Beliau memberi contoh filem In The Valley of Elah, Rendition dan Charlie Wilson’s War: filem yang mempunyai premis yang menarik serta olahan yang begitu baik tetapi gagal mendapat sambutan akibat kurang sokongan media. Fikirkan sahaja sebanyak mana pendapat pengulas filem mempengaruhi keputusan anda untuk menonton sesebuah filem dan anda boleh mulai gambarkan kuasa media, walaupun dalam kekangan terhad bidang hiburan.

Begitu ironik, kalau kita kira, bagaimana peranan media tidak dimartabatkan setinggi sains dan teknologi dalam masyarakat kita, sedangkan kita sudah akur bahawa pada abad ke-21, janaan ekonomi terletak pada pengetahuan dan ilmu, dan bukan pada bangunan dan aset tetap. Tidak cukup berbicara sahaja soal K-Ekonomi dalam persidangan yang menekan belanja puluh-ribuan ringgit; tidak cukup dengan paparan PowerPoint untuk menunjukkan kita ada penguasaan teknologi maklumat. Ia perlu sejajar dengan pelaburan yang kita buat.

Saya pernah berkata, ditakdirkan saya kaya, sudah pasti saya asaskan beberapa dana untuk membolehkan lebih ramai mendalami ilmu media massa di luar negara untuk kemajuan Malaysia. Tetapi ujar kawan saya yang secara relatifnya lebih sinikal, apa guna belajar soal media massa di luar negara untuk pulang dan dihalang dari mengunakannya?

Gemilang
Beberapa minggu lalu aku telah berjaya menghabiskan buku ‘Lost History’ karya Michael Hamilton Morgan. Diterbitkan oleh National Geographic, Morgan berjaya mencantumkan fenomena sains, falsafah, kesenian dan kesusasteraan di abad ke-21 dengan asal usulnya  yang bukan bertapak di Eropah pada zaman Renaissance, tetap lebih awal dari itu di perkarangan istana-istana sultan dan khalifah kerajaan Islam. Hampir setiap penemuan saintifik yang dikreditkan kepada saintis Eropah terkemudian asasnya dari penyelidikan dan ketekunan cendikiawan Muslim terdahulu. Sebagai contoh, Rule of Inertia yang sering dikaitkan dengan Isaac Newton, terlebih dahulu diketengahkan oleh Ibn al-Haytham beberapa abad lebih awal.

Dalam pada masa yang sama, seorang ahli fizik terkenal di UK, Prof Jim Al-Khalili, membuat catatan di dalam akhbar harian The Guardian tentang sumbangan sains Arab kepada pengetetahuan sains masa kini; dan seperti mana yang diketengahkan oleh Morgan, menggesa para ilmuan untuk menilai sumbangan dunia Islam di dalam usaha memperbaiki jambatan antara budaya yang kian rapuh akibat kerakusan United States dan United Kingdom memusnahkan negara yang dianggap endul tamadun Islam gemilang, yakni Iraq. Menarik bagaimana Prof. Al-Khalili, yang berlatarbelakangkan ibu Protestan dan ayah Sh’ia Muslim yang keluarganya berasal dari Iraq, menggunakan terma ‘sains Arab’ dan bukan ‘sains Islam’ dalam catatan beliau.

Sehari selepas catatan Prof. Al-Khalili, beberapa surat diutuskan dalam ruangan Surat kepada Pengarang akhbar yang sama. Ada yang menyokong dan ada yang menegur keghairahan profeseor kelahiran Baghdad itu dalam mengagungkan pencapaian sains Arab masa lampau. Surat yang paling menarik datang dari Middlesex, di mana penulisnya berpendapat bahawa dalam kita mengagungkan pencapaian intelek Islam masa lampau, sukar sama sekali ia diulangi pada zaman sekarang, kerana dalam rejim yang wujud di kebanyakkan negara yang mengaku sebagai negara Islam, tiada ruang untuk debat, diskusi dan percanggahan pendapat yang menjadi pencetus kepada kegemilangan ilmu di kota-kota Islam zaman terdahulu.

Apabila kita membicarakan ilmu dan perkembangan pengetahuan, begitu terbantut sekali jika kita hadkan definisi kemajuan pengetahuan itu dalam lingkungan ilmu sains dan teknologi sahaja. Perlu juga sejajar dengan itu adanya perkembangan dan sekurang-kurangnya debat terbuka soal falsafah, politik, sastera dan kesenian. Curahan wang beribu dan berjuta ringgit atas nama penyelidikan tidak mampu mengaburi mata rakyat yang berfikir matang dan kehadapan tentang tertutupnya ruang inkuiri dalam hal-hal lain.

Lihat bagaimana di negara kita sendiri, walaupun angkasawan telah dihantar ke angkasa lepas, debat politik secara terbuka masih tidak wujud; kesusasteraan dipinggirkan dalam silibus pembelajaran untuk digantikan dengan karya yang ‘lebih mudah difahami’ dan pengkritik dasar ekonomi begitu cepat dipalitkan dengan tuduhan tidak patriotik. Malahan luahan seorang rakan sekerja yang pernah menyelia pelajar PhD dari sebuah negara Islam masih terngiang-ngiang: kata rakan sekerja, dia mencadangkan yang pelajar PhD itu menyiasat soal jaringan nepotisma dalam konteks tadbir-urus korporat, tetapi pelajar tersebut enggan kerana takut kehilangan pekerjaan sekembalinya ke tanahair pelajar itu kelak. Bagaimana untuk mencapai kegemilangan ilmu, kalau inkuiri mudah seperti ini pun dibuat dalam bayangan ketakutan?

Pernah aku terbaca di forum perbincangan maya, pendapat seorang pemuda yang berkata beliau kurang ‘respect’ kepada mereka yang mempunyai ijazah tinggi dalam bidang selain sains dan teknologi. Menurutnya, seseorang yang mempunyai PhD dari Harvard dalam bidang bisnes tidak semestinya hebat dalam mengurus bisnes; tetapi seseorang yang mempunyai PhD dalam bidang fizik sudah pasti jelas kepakarannya. Bidang sains sosial sering diperlekehkan sebagai bidang yang tiada kepentingan dalam kemajuan sesebuah negara; yang tiada tempat dalam usaha menaikkan taraf negara membangun kepada negara maju.

Contoh paling mudah ialah jumlah peruntukkan wang yang diberi dalam bentuk bantuan pelajaran bagi mereka yang ingin menjadi jurutera atau mempelajari bidang sains komputer; bandingkan pula bantuan pelajaran kepada mereka yang ingin menjadi ahli sejarah, falsafah atau membuat filem. Sedangkan bidang falsafahlah yang memperkukuhkan sistem moral dan perlakuan; dan ahli sejarah dan pembuat filem lah yang meninggalkan rekod tentang apa yang berlaku hari ini untuk dijadikan asas kepada pembinaan tamadun masa hadapan.

Dalam buku beliau, “People of the Book” yang juga berusaha mengingatkan pembaca kepada peranan dan sumbangan Islam, Zachary Karabell berkata bahawa sejarah sebenar tentang apa yang berlaku di dalam Islam dalam masa seratus tahun selepas kematian Rasulullah s.a.w. tidak jelas kerana kurangnya catatan sejarah ketika itu. Beliau juga berpendapat bahawa penyebaran Islam secara penaklukan tanpa darah ‘dilupakan’ dalam sejarah dengan begitu mudah, kerana pendapat bahawa Islam disebarkan sebahagian besarnya dengan ‘pedang’ lebih sesuai untuk kegunaan pihak berkepentingan masa kini. Di manakah sejarahwan Islam kita hari ini untuk menegakkan tali tasi (bukan benang rapuh lagi basah) ini?

Kita sering mengeluh apabila filem ‘Barat’ kononnya sering memaparkan ‘Timur’ sebagai jahat, kolot atau ekstrim; tetapi apa usaha kita dalam mengubah persepsi ini? Karya filem yang mengajak rakyat berfikir dan menilai sering diharamkan tayangannya; lantas kita berbekalkan ‘Pasrah’ dan ‘Sembilu’ untuk dijadikan simbol tamadun rakyat Malaysia abad ke-20.

Tidaklah di sini aku berkata bahawa sains dan teknologi itu tidak berguna; malah sebaliknya! Tetapi perlulah sejajar dengan memperkembangkan bidang ilmu lain, dalam usaha melahirkan generasi yang seimbang. Apakah kita mahu, lima puluh tahun dari sekarang, wujudnya generasi yang berjaya membina senjata pertahanan tercanggih di dunia, tanpa bekalan kompas moral atau apresiasi sejarah untuk menjadi panduan mereka?

Memang ramai yang tidak gemarkan perubahan. Ramai yang tidak mahu berganjak dari tempat duduk yang empuk dan selesa; lantas menjaga sudut peribadi mereka itu dengan baik dengan tidak mempersoalkan apa yang berlaku disekeliling. Apa perlunya debat, apa perlunya perbincangan.. kita kan sudah selesa begini, kenapa mahu kelainan? Tetapi bukankah dengan debat dan keterbukaan dalam mempersoalkan apa yang berlakulah baru berkembangnya sesebuah tamadun?

Di zaman kegemilangan Islam, saintis seperti Ibn al-Haytham juga terlibat dengan debat falsafah; Ibn Khaldoun pula pakar dalam bidang ekonomi, sejarah dan usuluddin; Al-Biruni mempelopori bidang fizik, matematik, psikologi dan sejarah; Ibn Sina mendalami ilmu perubatan dan usuluddin dengan kepakaran yang sama. Apakah mereka ini sebenarnya datang dari spesis genius yang tidak lagi wujud pada masa kini? Apakah sebenarnya yang membolehkan mereka mendalami begitu banyak ilmu dalam jangka hayat yang tidak jauh beza dari kita hari ini? Dengan kemajuan teknologi yang ada pada kita.. dengan jawapan di hujung jari bagi setiap persoalan yang timbul ehsan Shaikh Wikipedia; bagaimanakah kita masih gagal menyamai pencapaian lampau? Atau mungkinkah kerana pada ketika itu, masih banyak lagi yang tidak kita tahu, jadi oleh kerana sekarang kita sudah tahu (terima kasih kepada ilmuan lampau) kita tidak ada lagi apa yang perlu dipelajari? Apa kata kamu?

Kita Adalah Apa Yang Kita Baca
Rakan taulan yang mengenal aku pasti tahu bahawa aku sangat gemar pergi ke The Old Pier Bookshop di Morecambe, berdekatan dengan Lancaster. Kedai buku terpakai yang paling aku gemari, itulah dia. Harganya sangat berpatutan, malah dengan berbekalkan £5 aku boleh pulang dengan rasa puas. Semua kisah itu aku pernah ceritakan di Organised Chaos, jadi kalau berminat, boleh cari di sana. Tapi kaitannya dengan paparan minggu ini ialah buku pertama yang aku cari di Old Pier, iaitu Lost Horizon karya James Hilton.

Lost Horizon adalah class reader pertama yang aku baca ketika aku di Tingkatan Satu, Sekolah Tun Fatimah pada tahun 1990. Kisah sekumpulan pengembara yang mencari kehidupan abadi di daerah Shangri-La begitu terpahat di ingatan, hinggakan hampir lima belas tahun kemudian, aku pergi mencarinya kembali. Class reader bukanlah suatu yang wajib dalam silibus Bahasa Inggeris KBSM, dan ianya tidak pernah muncul dalam soalan peperiksaan. Tetapi ia digunakan secara meluas di beberapa Sekolah Berasrama Penuh (SBP). Biasanya pada awal setiap semester, kami diberi class reader dan diminta membuat ulasan buku tersebut. Beberapa kali dalam semester tersebut cikgu akan membincangkan intipati buku tersebut, dan biasanya, untuk menarik minat pelajar, sebuah video berkaitan akan ditayangkan.

Tajuk-tajuk class reader  kami bukanlah hasil karya pemenang hadiah Nobel Kesusasteraan, tetapi lebih merupakan kisah-kisah klasik. Contohnya, selain dari Lost Horizon, Ivanhoe karya Sir Walter Scott; Far From the Madding Crowd karya Thomas Hardy; The Scarlet Pimpernel karya Baroness Orczy dan Animal Farm karya George Orwell. Bukanlah buku yang terlalu berat, tapi tetap sarat dengan makna dan aku kira, boleh dikatakan berjaya mencapai matlamat serampang dua mata: satu, memupuk minat membaca karya klasik di kalangan remaja, dan kedua, mendedahkan pelajar kepada suatu dunia di luar kekangan peperiksaan. Sering aku terfikir, alangkah baiknya kalau ini dibuat di semua sekolah. Nampak gayanya.. tidaklah, kan?

Pada zaman aku belajar di sekolah menengah, komponen sastera, sama ada bahasa Inggeris atau bahasa Melayu belum lagi wujud. Hanya pelajar yang mengambil matapelajaran khusus kesusasteraan sahaja yang mendalaminya. Jadi apabila aku lihat adik-adik yang membeli buku bacaan komponen sastera ini, aku ralat, tapi pada masa yang sama gembira. Ralat, kerana aku tidak berpeluang mempelajarinya, tetapi gembira kerana pelajar-pelajar sekolah menengah didedahkan kepada bahan bacaan ini.

Lantas apabila timbul desas-desus bahawa karya Sasterawan Negara dan penulis-penulis hebat tanahair tidak lagi akan digunakan sebagai teks dalam komponen sastera, aku, sepertimana lagi beberapa warga ruang maya internet lain, kecewa. Menurut laporan akhbar (aku tidak dapat akses kepada dokumen asal dari Pusat Perkembangan Kurikulum), karya sasterawan negara dilucutkan dari senarai kerana ianya ‘terlalu berat’. Sebaliknya, fiksyen popular hasil karya penulis seperti Ahadiat Akashah dan Sharifah Abu Salem menggantikan tempat yang dipegang oleh Keris Mas dan Abdullah Hussain. Aku membayangkan seolah-olah penggunaan karya Thomas Hardy, George Orwell, Aldous Huxley dan F. Scott Fitzgerald ditukar kepada karya Dan Brown dan Sophie Kinsella!

Aku tidak setuju sebenarnya kalau dikatakan karya-karya sasterawan terlalu berat. Dalam pada penguasaan Bahasa Melayu aku lemah sekali – lihat sahaja catatan dalam blog ini, termasuk catatan ini juga – tatabahasa dan struktur ayat lintang pukang – aku berjaya membaca membaca (antara lain) Anak Titiwangsa, Pahlawan Pasir Salak,Tragedi 4 Disember dan beberapa lagi karya Nazel Hashim Mohamed (Abah begitu gemar memberikan aku karya Nazel Hashim, aku tidak tahu kenapa!). Kalau aku pun boleh, masakan orang lain tidak?

Aku sebenarnya tiada isu dengan Ahadiat atau Sharifah. Aku tidak kenal mereka, dan tajuk-tajuk karya mereka hanya samar-samar dalam ingatan aku. Aku juga bukan ingin memperdebatkan apa itu ‘sastera kualiti’ kerana aku bukan ahli jadi sudah pasti ulasan dan pendapat yang aku ketengahkan naif lagi jahil. Lebih ramai yang berkecimpung dalam sastera tempatan yang layak mengulas tentang ‘apa itu sastera kualiti’. Yang ingin aku komen ialah alasan yang diberi oleh Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kononnya, dengan menggunakan karya popular dapat mengurangkan tekanan serta kebosanan pelajar. Apakah itu sebenarnya alasan yang diberikan? Ataupun, apa yang tersirat di situ ialah dengan menggunakan karya popular, maka lebih mudah pelajar memahami intipati karya tersebut kerana plot dan jalan ceritanya mudah dan simplistik, dan dari situ, lebih mudah pelajar mendapat markah tinggi komponen sastera tanpa perlu usaha keras atau berfikir?

Bagi aku tidak ada dosanya karya Ahadiat Akashah dan rakan-rakan. Kewujudannya memeriahkan dunia sastera Malaysia; memberi rakyat pilihan tentang apa yang ingin dibaca. Ini zaman demokrasi, rakyat bebas memilih (kononnya). Sudah dikatakan yang karya-karya baru ini lebih ringan dan mudah jalan ceritanya, jadi biarlah ia dibaca sebagai bahan hiburan dan mengisi masa lapang.

Aku tidak nampak di mana usaha mengurangkan tekanan pelajar ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara, yang matlamatnya ialah “memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani…” serta ” melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Tercapaikah matlamat dengan memberi ‘subsidi’ berterusan?

Memang bidang sastera kurang digemari kerana ianya subjektif, terlalu sensitif kepada interpretasi dan mungkin yang paling menyulitkan ramai orang, ia memerlukan kita berfikir! Jadi dari menggalakkan olahan buah fikiran yang berbeza dari pelajar, lebih baik kita kurangkan sahaja perlunya mereka untuk berfikir. Ini pasti meninggalkan ruang dalam otak pelajar untuk menghafal contoh esei dan jawapan struktur dari buku jawapan contoh, agar dapat dimuntahkan dengan sempurna dalam dewan peperiksaan kelak.

Ah, sangat kecewa sebenarnya, kerana aku rasa ini adalah tindakan yang merugikan generasi masa depan. Cuba kita fikirkan. Kalau kita tanya orang, bagaimana untuk pandai, kata orang banyakkan membaca. Di Malaysia, sikap suka membaca sendiri sekian lama gagal di pupuk. Di kalangan mereka yang membaca pula, perlu diteliti apa bahan bacaan. Kalau rak buku sarat dengan Mangga, dan URTV, ditambah pula dengan edisi Harian Metro … ah, aku rasa sudah goyah harapan. Cuba kita lihat, dengan wujudnya karya serious dalam KOMSAS pun, berapa ramai pelajar yang memilih untuk ‘graduasi’ dari teks wajib kepada karya Hamka atau Pramoedya Ananta Toer? Tanpa pendedahan kepada karya sastera berat secara menyeluruh, maka semakin sedikitlah karya agung sasterawan sampai ke tangan anak muda. Terlalu dramatikkah kalau aku bertanya, sampai bila generasi akan datang perlu menanggung akibat dosa generasi terdahulu?

Kini di Facebook
Hasil tulisan yang dipaparkan di sini setiap minggu kini juga boleh dibaca melalui Notes jika anda tersenarai sebagai rakan saya di Facebook. Sepertimana yang telah dijelaskan, blog ini merupakan eksperimen menulis dalam Bahasa Melayu atas saranan seorang sahabat, setelah masuk enam tahun menulis hampir secara eksklusifnya dalam bahasa Inggeris di Organised Chaos. (Cerita panjang di ruangan ‘About’ di atas).

Keliru
Seorang sahabat aku yang berbangsa British pernah mengutarakan pendapatnya tentang Malaysia yang, menurut beliau, mengelirukan. Keliru kerana, katanya, apabila membaca berita sama ada di akhbar atau di laman web, Malaysia semakin dikuasai pihak yang lebih konservatif dari segi agama, di mana pemuda-pemudi beragama Islam yang didapati bersukaria di kelab malam telah ditangkap dalam satu serbuan; orang Islam yang tidak berpuasa diarak di atas kereta mayat; pasangan yang berasmara di taman ditangkap dan disaman. Tetapi apabila beliau berkunjung ke sana beberapa tahun lalu, beliau dapati bahawa alkohol mencurahbebas bukan sahaja di bar malah di restoran; kelab malam dipenuhi umat manusia dari berbagai kaum; dan paling menghairankan beliau, wanita di Malaysia bebas berpakaian ala-kebaratan dengan skirt pendek atau baju tanpa lengan.

“Aku membayangkan, negara kau seperti Iran – tidak bertudung maka ditangkap polis,” ujarnya sambil ketawa.

“Ah, kalau kami Iran, sudah pasti karya filem kami lebih bermutu,” aku membalas. Dia sedikit terpinga dengan maksud tersirat pernyataan itu, tapi itu cerita lain.

“Jadi sebenarnya, Idlan,” sambungnya, “Media Barat ini menipukah? Semua yang dilaporkan itu tidak terjadi sebenarnya?”

“Ia berlaku,” jawabku. “Tapi ini Malaysia. Sedikit kompleks untuk aku jelaskan.”

Sebenarnya, kompleks untuk aku jelaskan kerana ianya kompleks untuk aku fahami. Awal minggu ini, ketika aku membaca akhbar Guardian sepulangnya dari pejabat, di sudut kecil di mukasurat laporan antarabangsa, diberitakan kisah Faizal Tahir yang dikenakan tindakan kerana membuka baju secara ‘striptease’ ketika membuat persembahan secara langsung. Aku difahamkan, bukan sahaja Faizal yang dikenakan tindakan, tetapi juga 8TV yang membawa siarang langsung tersebut. Dan RTM kini khabarnya sedang menimbang untuk turut mengenakan tindakan gam terhadap Faizal. Belum pasti kenapa Faizal berlaku demikian. Mungkin beliau tidak sengaja. Hilang pertimbangan dalam keadaan gemuruh..

Sungguh cepat tindakan yang dikenakan terhadap Faizal. Aku sendiri kurang prihatin terhadap adanya larangan artis lelaki membuka baju ketika siaran langsung. Apakah larangan tersebut juga dikenakan kepada pemain bolasepak, kerana memang ada pemain bola yang merayakan jaringan gol dengan membuka baju. Tapi yang jelasnya larangan tersebut tidak wujud dalam media cetak: saban minggu jika anda buka majalah hiburan Mangga atau sekutunya, terdapat gambar artis sekadar berseluar pendek dan berendam di dalam kolam mandi. Malah aku masih ingat, pos baring seorang penyanyi rock kapak (aku rasa Awie) dalam URTV di mana beliau tidak berbaju dan sekadar berseluar ketat sahaja.

Aku pasti artis wanita juga dilarang membuka baju sama ada siaran langsung atau tidak, tapi aku kurang arif tentang had yang dikenakan kepada artis wanita dalam berpakaian. Seingat aku, di majalah seperti URTV atau Mangga, gambar artis lelaki dan wanita berpelukan atau wanita berpakaian menampakkan betis atau sebahagian dada sering dipaparkan. Bukan di bahu aku letaknya tugas menentukan sama ada apa yang mereka buat ini betul atau salah, tetapi aku ingin tahu, di mana sebenarnya kita mengenakan had? Di mana garisannya? Siapakah yang membuat garispanduan ini dan asasnya di mana? Saduran garispanduan dari negara baratkah? Atau negara Arab? Adakah berdasarkan landasan aurat? Aku rasa tidak, kerana kalau diikutkan, dengan menayang dada Faizal Tahir tidak membuka aurat.

Akhbar di Australia memetik pihak 8TV berkata perlakuan Faizal itu tidak boleh diterima di sebuah negara konservatif dan majoriti Muslim seperti Malaysia. Ah, tetapi tayangan lurah dada dan pakaian seksi di media cetak tidak apa dan boleh diterima? Dan kalau tidak, kenapa tiada konsistensi antara media cetak dan tv? Ah, aku keliru!

Disinilah kompleksnya yang tak dapat aku huraikan. Polisi yang diaplikasikan di negara kata, pada satu aspek berlandaskan Islam. Larangan cumbuan di tempat awam, misalnya; dan juga serbuan tangkap basah terhadap pasangan bukan muhrim yang berdua-duaan. Tetapi kenapakah orang Islam yang ditangkap memandu dalam keadaan mabuk tidak dikenakan tindakan kerana meminum arak – kerana Islam jelas mengharamkan arak.

Rakan aku yang berbangsa Melayu tetapi dengan terbukanya meminum arak pernah bercerita, dia yang juga tidak berpuasa pernah suatu hari pergi makan di siang hari di sebuah restoran yang agak ekslusif. Pelayan yang bekerja di situ, ketika mengambil pesanan beliau, bertanyakan bangsanya kerana mengikut pelayan tersebut, orang Islam tidak boleh makan disiang hari pada bulan Ramadhan. Rakanku mengaku beliau Melayu, tetapi tidak berpuasa. Yang mencuit hati beliau ialah ketika makan malam di restoran yang sama, beliau sering kali memesan sebotol wain dengan hidangan makan malam, tetapi tidak pernah sekalipun pelayan di restoran itu bertanyakan bangsa atau agama beliau. Tanyanya kepada aku, Malaysia ini Islam pada bulan Ramadhan sahajakah? Aku jawab, entah, mungkin kau boleh cuba pesan wain pada bulan Ramadhan.

Kompleksnya juga pada aku apabila pasangan bercumbuan di taman ditangkap dan disaman, tetapi tiada usaha untuk pergi ke kawasan luar bandar untuk meninjau tayangan tidak rasmi wayang porno di rumah-rumah di kampung, yang akibat langsungnya ialah kejadian tragis seperti adik dirogol abang, atau remaja perempuan digilirrogol oleh sekumpulan remaja lelaki. Atau tiada usaha untuk meninjau kegiatan pelacuran yang berlaku di kawasan luar bandar: menurut seorang rakan yang mengajar di sebuah universiti tempatan, pelajar beliau pernah menangis bercerita tentang kerisauannya terhadap ibunya sendiri yang terpaksa ‘menjual badan’ untuk menampung sara hidup mereka sekeluarga setelah ayah mereka menghilangkan diri. Dalam kes-kes sebegini, adakah tugas kita untuk melaporkan pada pihak berkuasa agar tindakan diambil, atau tugas pucuk pimpinan tempatan untuk mengambil tahu perihal anak buah? Atau keduanya? Dan tidak terlangsai hutang sosial ini kerana kita terlalu sibuk dengan tugasan harian, dan mereka terlalu sibuk memperbaiki handicap golf.

Yang aku harapkan, sebenarnya, adalah konsistensi dalam perlakuan, ataupun sekurang-kurangnya usaha ke arah itu. Kalau inginkan satu kod moral digunakan, gunakanlah dengan konsisten, dan apabila bertindak, biarlah tanpa mengenal pangkat atau harta. Kalau tidak, maka usahlah berpura pura yang kita ini Islamik. Aku tidak gemar paparan seolah-olah kita mengamalkan cara hidup bermoral atas landasan Islam yang cuba kita warwarkan melalui tindakan tegas yang dihebahkan ke seantero, tetapi ini sekadar untuk membolehkan kita berkata, “Oh, kami memang Islamik, lihatlah, Zouk sudah diserbu, kegiatan black metal kita haramkan”. Walhal di bawah permukaan, epidemik masalah sosial sebenar diabaikan kerana tiada siapa yang tahu, jadi untuk apa kita ambil tindakan?

Rasiskah Anda, Rasiskah Kita?
1 Oktober 1995, Eric Cantona menjaringkan penalti di Old Trafford setelah Ryan Giggs dijatuhkan. Jaringan yang penuh bermakna, bukan hanya kerana jaringan tersebut menyamakan kedudukan United dengan seteru Liverpool, tetapi ulungnya ia merupakan jaringan pertama Cantona setelah menyempurnakan hukuman gantung sembilan bulan akibat menyerang seorang peminat Crystal Palace yang menghamburkan kata-kata kesat berbaur perkauman terhadap beliau. Minggu lepas pula, pasukan kriket India mengugut untuk tidak meneruskan Test mereka di Australia setelah Harbhajan Singh didapati bersalah mengeluarkan penghinaan berbaur perkauman kepada pemain Australia berkulit hitam, Andrew Symonds. Tanggapan umum bahawa hanya mereka yang berkulit gelap menjadi mangsa cacian perkauman, dan hanya mereka yang berkulit cerah bersikap rasis ternyata tersasar.

Isu perkauman ini aku anggap menarik kerana ianya suatu isu yang pasti mengetengahkan sikap hipokrit dalam setiap orang. Dalam pada masa yang kita berkeras mengatakan sikap perkauman tidak ada tempat dalam masyarakat kita, ketika itu juga kita mendengus keras tentang sikap “towkay Cina di jalan besar sana yang penipu’. Aku sering ingin tahu apa peranan bangsa towkay itu dalam konteks dia dituduh penipu. Apa perlu menyebut bangsa towkay itu? Kalau dia memang penipu, maka bangsanya tidak menjadi soal; penipu adalah penipu. Atau mungkin ada implikasi yang dia penipu kerana bangsanya?

Soal puak dan suku kaum tidak boleh diperlekehkan, pada hemat aku. Perlu kita sering uji diri kita soal dimana kita berdiri sebenarnya dalam isu perkauman; apakah kita bersikap rasis, dan apakah perlu kita baiki sikap kita itu. Memang sudah jelas dari segi sejarah, dan aku pasti juga dari segi agama, tentang ancaman sikap taksub puak atau kaum ke atas keharmonian sejagat. Islam diturunkan untuk menyatukan umat manusia di bawah naungan satu agama, tanpa mengira kaum. Walaupun Islam diturunkan di bumi Arab Rasulullah s.a.w. mengingatkan kita dalam khutbah terakhir baginda, “Semua manusia berasal dari Adam dan Hawa, tidak ada (bangsa) Arab yang lebih mulia dari (bangsa) bukan Arab atau (bangsa) bukan Arab lebih mulia dari (bangsa) Arab; juga tidak ada yang (berkulit) putih lebih mulia dari yang (berkulit) hitam atau yang (berkulit) hitam lebih mulia dari (berkulit) putih)”. (Sedihnya bagi aku, apabila sudah bersatu di bawah naungan satu agama, timbul pula konflik sektarian. Tapi itu mungkin kupasan lain kali).

Tetapi apa yang kita lihat sekarang, yang berlaku adalah sebaliknya, tidak kira sama ada di negara yang majoriti penduduknya Muslim atau sebaliknya. Kalau kita lihat konflik-konflik berdarah yang berlaku dalam era pasca-perang; terlalu banyak pertumpahan darah berlaku akibat taksubnya kita kepada kaum. Di Rwanda, misalnya, genosid yang berlaku berpunca dari perseteruan kaum Hutu dan Tutsi. Pertumpahan darah di Kenya baru baru ini walaupun berasaskan protes terhadap pilihanraya, akar umbinya ketegangan perkauman antara puak Kalenjin dan Kikuyu. Perpecahan Yugoslavia lahir dari konflik antara puak Serb, Croat, Albania dan Bosnia. Aku sering tertanya sama ada perkosaan bumi Afghanistan dapat ditangani dengan lebih berkesan jika puak Pashtun dan Hazara mampu melampaui batasan perkauman.

Tapi mungkin sikap taksub kepada kaum ini sebenarnya tidak dapat dielakkan. Naluri manusia untuk menafsirkan identiti diri dengan bangsa. Ketaksuban yang tidak mengenal kemajuan atau kemunduran. Sebab itulah, bagi sebuah negara yang menganggap dirinya moden (walaupun dipenuhi dengan rednecks dan pejuang Ku Klux Klan) Amerika Syarikat masih di tahap berfoya-foya dengan idea meletakkan seseorang yang berkulit hitam sebagai calon presiden.

Jadi dari situ, kalau kita fikirkan, kalaulah ‘negara contoh demokrasi’ yang melantik diri mereka sebagai ajen menyebarkan demokrasi ke seluruh dunia; yang begitu lancang melabel negara yang tidak mereka gemari sebagai dipimpin oleh diktator sekalipun proses pengundian berlaku dengan adil dan tiada kontroversi.. ya, negara yang mahu memimpin dunia ini pun tidak pernah meletakkan calon bukan berkulit putih menerajui pucuk pimpinan, apakah sebenarnya tidak perlu kita mengambil kira sangat isu perkauman? Lihatlah, sebuah negara progresif pun masih meletakkan martabat kepada mereka berkulit cerah; apakah perlu kita mengolah semula corak pimpinan negara kita sendiri untuk lari dari politik etnik? Aku sudah ada jawapan aku. Tapi apa kata kamu?

Salahkah Chua Soi Lek mengaku?
“Kau tak boleh samakan Chua Soi Lek dengan Rahim Tamby Chik,” ujar seorang sahabat seselesainya membaca post dalam Organised Chaos.

“Atas dasar apa?” aku bertanya.

“Atas dasar, Chua Soi Lek mengaku bersalah, tetap Rahim Tamby Chik tidak pernah membuat pengakuan.”

“Apa bezanya?”

“Oh ini Malaysia, kawan. Selagi tiada pengakuan, maka tidak wujud konsep ‘bersalah’ tu.”

Mungkin inilah aplikasi terbaik konsep “innocent until proven guilty” dalam konteks ahli politik atau selebriti kita. Kerana nampaknya selagi tidak ada pengakuan ikhlas lagi berani, kelihatan seperti tiada usaha gigih untuk membuktikan kebersalahan itu. Kawalan media massa nampaknya sangat berkesan di Malaysia. Tetapi dalam konteks perbincangan ini, yang ingin aku ketengahkan ialah, kalau media massa yang sedia ada tidak mahu mendedahkan perlakuan ahli parlimen, menteri atau mereka yang ternama yang pro-kerajaan yang berunsurkan rasuah, tidak bermoral, nepotisma dan sebagainya, maka secara jelasnya wujud satu imuniti bagi mereka. Selagi tidak mengaku, maka tidak bersalahlah.

Kita tidak ada badan atau suruhanjaya yang membuat inkuiri terhadap tuduhan-tuduhan yang diutarakan, aku rasa. Kalau tidak masakan bukti AP dan kontrak MRR retak diabaikan begitu saja. Suhakam sekadar menyiasat soal hak asasi – dan dalam pada itu, aku juga ingin tahu banyak manakah lagi saranan Suhakam yang tidak diambil kira atau dikaji untuk implementasi selanjutnya. Apakah siasatan yang dijalankan oleh Suhakam sama berkesannya dengan rakyat Britain (dan antarabangsa) yang berarak dalam jutaan membantah peperangan Iraq – dibiarkan mereka ini bersuara, tapi suara itu tidak dipedulikan; dan hak bersuara (atau menyiasat) itu sekadar puting plastik yang dinyonyot oleh bayi untuk mengelakkan dia terus menangis.

Kalau Chua Soi Lek terus menerus menafikan beliaulah aktor dalam DVD tersebut, apakah dia mungkin terlepas dari nasib yang beliau kini hadapi? Mungkin terlalu mudah untuk menaakul begitu; kerana kita abaikan aspek-aspek lain seperti dengki dan politik dalaman MCA yang aku pasti memainkan peranan penting dalam percaturan Chua sebelum beliau membuat pengakuan tersebut. Tetapi harapan Chua agar perbuatan beliau ‘dimaafkan’ oleh rakyat yang kita tahu memang pada lahirnya mengamalkan kod moral yang tinggi agak naif. Aku kata pada lahirnya kerana kita terlalu cepat menuding jari dan menghakimi perbuatan orang lain yang kononnya tidak berakhlak; tetapi kita sendiri di belakang tabir tidak jauh bezanya. Cuma kita rasa kita lebih bijak – bodohnya orang yang bercumbu di taman, lihatlah seperti aku, sekurang-kurangnya aku kunci pintu!

Mungkin Chua lupa akan tanggapan umum terhadap golongan yang membantah DBKL memantau perbuatan pasangan kekasih di Taman KLCC. Golongan yang membantah itu bersuara atas dasar hak asasi manusia untuk membuat apa sahaja asalkan tidak melibatkan kesulitan kepada orang lain; namun mereka dipaparkan sebagai orang yang tiada nilai moral dan mengalami keruntuhan akhlak serta menyokong perbuatan sumbang di tempat awam.

Kalau rakyat merasakan perbuatan bercumbu di taman itu sebagai satu taboo, apatah lagi hubungan seks dengan pasangan bukan isteri? Ya, aku paham rasa kecewa Chua dan menuduh rakyat bersikap “holier-than-thou” kerana beliau pun tahu mereka yang lantang bersuara meminta beliau meletakkan jawatan pun, tidaklah dari kalangan yang berakhlak mulia semuanya. Kata orang tua, satu jari menuding, tiga lagi menghala kepada kita. Chua tidak bernasib baik. Beliau ‘kantoi’. Naif juga kalau beliau berharap status politik beliau diselamatkan kerana beliau bercakap benar. Kita bukan Amerika Syarikat, Chua bukan Bill Clinton dan “personal friend” Chua bukan Monica Lewinsky.

Agak hipokrit kita aku rasa, sebenarnya. Kerana pada luaran kita mahu dilihat seperti kita ini bermoral, berhemah tinggi, seorang Muslim yang baik dan beretika. Sedangkan di sebalik tirai gaya hidup dekaden, hedonistik dan lebih Barat dari mereka yang berada di Barat.. itulah yang kita amalkan. Walaupun aku rasa tidak melampau jika kita memegang pemimpin kita kepada kod moral dan etika yang tinggi, aku juga ingin suatu hari melihat kita cuci kaca mata kita yang kian kabur dengan perbuatan pemimpin yang kadangkala terlalu jelas salah dan korup. Suatu hari, InsyaAllah.

Kembali ke Asalan
* Entry ini aku paparkan juga dalam segmen About di atas.

Semasa Mooke bekerja sementara di UK, waktu malam kerap diisi dengan perbualan melalui YM. Sama zon masa, jadi tiada masalah kompatibiliti di situ. Dan dalam banyak-banyak perbualan kami, Mooke pernah menyarankan aku menulis dalam BM. Bukan sebahagian daripada Organised Chaos, tetapi blog berbeza yang mengetengahkan pendapat dan komentar aku tentang sosio-politik semasa.

“Kau boleh sampaikan pendapat kau kepada suatu audiens yang berbeza; yang tidak membaca blog Bahasa Inggeris,” kata Mooke. “Aku sebenarnya tidaklah menulis blog kepada mana-mana audiens,” aku memberitahu Mooke. “Cuma aku bersyukur juga ada orang yang nak baca.” Sedikit merendah diri, walaupun agak berbesar hati kerana ada juga orang yang merasakan pendapat aku boleh diketengahkan kepada audiens yang lebih besar.

Maka dari saranan Mooke itulah lahirnya blog ini. Umpama perlaksanaan azam baru tahun 2008. Aku sedar bahawa penguasaan Bahasa Malaysia aku tidak berapa kemas dan teratur. Struktur ayat kadangkala berterabur. Malah pernah ditegur secara terangan, “BM is not your forte.” Tapi aku cuma sekadar ingin mencuba. Bagi aku, bahasa sekadar alat komunikasi. Aku tiada agenda permartabatan atau sebaliknya. Kalau anda, pembaca budiman, seorang pakar nahu atau guru bahasa, siang-siang aku mohon maaf.

Bakal ditulis hanya sekali seminggu dalam Bahasa Malaysia, blog ini mengetengahkan pendapat dari pemerhatian aku dalam isu sosial, politik dan ekonomi. Bukan pendapat intelek – kerana jauh sekali aku intelek. Bukan pendapat ilmiah – kerana walaupun aku seorang ahli akademik, ini bukan bidang aku. Bukan pendapat yang bakal mengubah apa-apa. Aku bukan ahli, aku bukan pakar; tapi aku juga tidak partisan. Ini semua sekadar pendapat. Dengan harapan, dapat dibincangkan.. atau paling tidak, difikirkan. Dengan harapan, tidak disisihkan.